Friday 25 January 2013

Maulidur Rasul : Tak kenal maka tak cinta~

[Post sehari lewat]

Pepatah Melayu..tak kenal maka tak cinta, maka untuk lebih cinta mestilah berusaha untuk lebih mengenali. Tak gitu?

**Sebenarnya saya membeli buku ini sehari sebelum Maulidur Rasul tahun lepas...tapi hanya sempat membaca 30 mukasurat pertama saja. Ini semua sebab pemindahan rumah yang separa - buku ini dah dipindahkan ke bookshelf rumah baru, sedangkan tuan empunya belum berpindah lagi ke situ - alasan**

Biografi Muhammad bin Abdullah - Perjalanan Hidup Seorang Nabi.

Gambar pun gambar tahun lepas...

Pada pendapat saya yang baru habis membaca beberapa mukasurat ni - Pendekatan yang agak baik dilakukan oleh penulis buku dalam penceritaan kisah nabi junjungan kita, cuma jika dibanding dengan buku seperti Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain? yang saya kira adalah buku pengupasan topik yang sangat menarik, buku Biografi Muhammad bin Abdullah ini agak dry dari segi bahasa.

Walau apapun...saya sangat berharap dapat menghabiskan buku ini sebelum Maulidur Rasul yang seterusnya! Teruskan berusaha Cik Siti! (doa semangat buat diri sendiri)

Monday 21 January 2013

Tazkirah Mingguan : An alternative to Panadol~

I'm suffering from a severe headache...Must be due to the hot weather... :(

Usually I pop in a couple of Panadol to ease the pain away... but I stumbled upon this note I saved from Facebook months ago.

Let's give this a try...


Alhamdulillah... miraculously it worked! You just got to have faith. 

Friday 18 January 2013

Biodata Ringkas 25 Nabi Dan Rasul

My favorite subject on my favorite day of the week...

‘Nabi’ adalah manusia yang diberikan wahyu oleh Allah SWT kepadanya dengan membawa syariat untuk diamalkan dan tidak diperintahkan untuk menyampaikannya. Manakala‘Rasul’ adalah manusia yang diberikan wahyu kepadanya untuk diamalkan dan diperintahkan untuk menyampaikannya. Setiap rasul adalah nabi akan tetapi bukan semua nabi adalah rasul.

Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا
“Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan.” (QS. Al Ahzab : 45)

Manakala Junjungan besar kita, Muhamaad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah nabi dan rasul terakhir umat manusia.

Firman Allah SWT :
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi Dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. dan adalah Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS. Al Ahzab : 40)

Sejak kecil kita seringkali mendengar dan diceritakan kisah 25 nabi dan rasul. Semua kisah 25 nabi itu secara umumnya sudah kita ketahui, namun kita tidak dimaklumkan bilakah mereka itu hidup, usia, tahun kejadian dan peristiwa serta keterangan di bumi negara manakah kisah mereka berlaku.

Firman Allah SWT :
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ مِنْهُم مَّن قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ
“Dan Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu.” (QS. Ghafir : 78)

Jumlah nabi dan Rasul bukan hanya setakat 25 orang saja tapi lebih dari itu. iaitu ada 124,000 orang, sebagaimana disebutkan di dalam hadis berikut :

Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallambersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)” (HR At-Tarmizi r.a.)

Firman Allah SWT:
وَكَمْ أَرْسَلْنَا مِن نَّبِيٍّ فِي الْأَوَّلِينَ ﴿٦﴾
“Berapa banyaknya nabi-nabi yang telah Kami utus kepada umat-umat yang terdahulu.” (QS. Az Zukhruf : 6)

Bila Dan Di Mana Kehidupan Para Nabi?

Nama 25 orang itu hanyalah yang nama mereka disebutkan secara istimewa di dalam Al-Quranul Karim. Terdapat beberapa catatan, rajah dan analisa oleh para pengkaji sejarah tentang anggaran masa hidup para nabi, lokasi di mana mereka tinggal dan beberapa keterangan lain yang dicungkil berdasarkan keterangan, baik dari Al-Quranul Karim, As-Sunah An-Nabawiyah ataupun fakta-fakta sejarah.

Berikut adalah senarai para nabi dan biodata peribadi mereka masing-masing :

1. Nabi Adam
Dianggarkan Baginda hidup pada 5872-4942 SM di sekitar kawasan yang kini dikenali sebagai Sri Lanka. Konon disitulah Baginda pertama kali turun ke muka bumi. Lalu Baginda berjalan kaki ke wilayah yang kini disebut dengan Jazirah Arabia dan bertemu dengan isterinya, Hawwa di Padang Arafah. Mereka terus menetap di sekitar Kaabah yang memang telah dibina sebelumnya oleh para malaikat.
Nama nabi Adam disebutkan sebanyak 25 kali dalam Al-Quran Al-Karim. Diriwayatkan bahawa Baginda mempunyai 40 anak dan Baginda telah wafat di Jazirah Arabia.

2. Nabi Idris
Nabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup sekitar tahun 4533-4188 SM. Baginda diutus untuk Bani Qabil yang tinggal di Babil di Iraq dan Memphis. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.

3. Nabi Nuh
Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin Idris dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 3993-3043 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM untuk Bani Rasib. Nabi Nuh telah dikesan tinggal di wilayah selatan Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-quran dan mempunyai 4 anak laki-laki. Para ahli sejarah banyak menyebutkan bahawa Baginda wafat di Makkah.

4. Nabi Hud
Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 2450-2320 SM. Kaum yang Baginda dakwahi disebut dengan Kaum ‘Ad yang tinggal di Al-Ahqaf, Yaman. Nama Baginda disebutkan sebanyak 7 kali dalam Al-Quran. Dan diriwayatkan Baginda wafat di Timur Hadhramaut, Negeri Yaman.

5. Nabi Shaleh
Nabi Shaleh bin Ubaid bin ‘Ashif dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 2150-2080 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2100 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kaum Tsamud yang tinggal di Al-Hijir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Madain Shalih, Makkah.

6. Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Baginda dfianggarkan hidup pada tahun 1997-1822 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda tinggal di Kaldaniyyun, Ur, negeri yang disebut kini sebagai Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 69 kali dalam Al-Quran dan wafat di Alkhalil, Hebron, Palestin.

7. Nabi Luth
Nabi Luth bin Haran bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1950-1870 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kaum Luth yang tinggal di negeri Sadum, Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali dalam Al-Quran. Baginda mempunyai 2 anak perempuan dan Baginda meninggal di Desa Shafrah di Syam, Palestin.

8. Nabi Ismail
Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1911-1774 SM dan dianggar menjadi nabi pada tahun 1850 SM. Baginda tinggal di Amaliq dan qabilah Yaman, Makkah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 12 kali dalam Al-Quran dan mempunyai 12 anak. Baginda meninggal tahun 1779 SM di Makkah.

9. Nabi Ishaq
Nabi Ishaq bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1897-1717 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1800 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kan’anniyun di wilayah Al-Khalil Palestina. Nama Baginda disebutkan sebanyak 17 kali di dalam Al-Quran. di dalam Al-Quran mempunyai 2 anak dan meninggal di Alkhalil Hebron, Palestina.

10. Nabi Ya’qub
Nabi Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1837-1690 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran dan mempunyai 12 anak. Baginda wafat di Alkhalil Hebron, Palestina.

11. Nabi Yusuf
Nabi Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1745-1635 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1715 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan Hyksos di Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan. Baginda wafat di Nablus Palestina.

12. Nabi Syu’aib
Nabi Syu’aib bin Mikail bin Yasyjar bin Madyan bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1600-1490 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1550 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Madyan dan Penduduk Aykah Madyan. Nama Baginda disebutkan sebanyak 11 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Madyan.

13. Nabi Ayyub
Nabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari keturunan Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1540-1420 SM. Dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1500 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Huran, Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 26 anak. Baginda wafat di Huran di Syam.

14. Nabi Zulkifli
Nabi Zulkifli bin Bisyr bin Ayyub dari keturunan Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1500-1425 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1460 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Damaskus & sekitarnya. Nama Baginda disebutkan sebanyak 1 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak. Baginda wafat di Damaskus Syiria.

15. Nabi Musa
Nabi Musa bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1527-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, Para Firaun dan Bani Israil di Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 136 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak. Baginda wafat di Tanah Tih.

16. Nabi Harun
Nabi Harun bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1531-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, para Firaun dan Bani Israil Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Tanah Tih.

17. Nabi Daud
Nabi Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1041-971 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1010 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 1 anak dan meninggal dunia di Baitul Maqdis, Palestin.

18. Nabi Sulaiman
Nabi Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 989-931 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Rahbaam Baitul Maqdis, Palestin.

19. Nabi Ilyas
Nabi Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari keturunan Harun bin Imran. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 910-850 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 870 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Orang-orang Phiniq di Ba’labak di Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda tidak wafat tapi diangkat ke sisi Allah.

20. Nabi Ilyasa’
Nabi Ilyasa’ bin Akhtub dari keturunan Yusuf bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 885-795 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Palestin.

21. Nabi Yunus
Nabi Yunus bin Matta dari keturunan Bunyamin bin Ya’qub. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 820-750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang Asyiria di Ninawa di Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Ninawa di Iraq.

22. Nabi Zakaria
Nabi Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 91-31 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran. Baginda mempunyai seorang anak sahajan dan Baginda wafat di Syam.

23. Nabi Yahya
Nabi Yahya bin Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 1SM – 31M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 28M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Dan wafat di Damsyik, Syiria.

24. Nabi Isa
Nabi Isa bin Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1SM-32M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin Nama Baginda disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran. Baginda juga tidak wafat melainkan diangkat ke sisi Allah.

25. Nabi Muhammad
Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 571M-632M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 610M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam semesta. Tinggal di Makkah dan Madinah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 5 kali di dalam Al-Quran. Baginda mempunyai 7 orang anak dan wafat di Madinah.

Firman Allah SWT :
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan (penutup) segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (QS. Al Ahzab : 40)

Demikianlah sejarah ringkas 25 nabi dan rasul. Semoga boleh menjadi rujukan yang bermanfaat.


Source: I Am A Muslim

Nak pegi mencari sejarah panjangnya pula...

Tuesday 15 January 2013

Nak kurus tapi tak berhenti makan..how?

I was sitting in front of my tv while browsing to some websites and at the same time eating some scrumptious pudding cream puff I bought from my all time favorite bakery - Pistachios Bakery, when I caught a reflection of me with half the cream puff in my mouth.

Pfft...kata nak kurus and yet here I am eating my 3rd cream puff of the minute!

Huu~

Looking at it with guilt~
Should I finish it off?



View Larger Map
Location of the Pistachios Bakery in Klang Valley.

Sunday 13 January 2013

Mari makan @ HOT Bangi Char Kuey Teow

Craving for a juicy CKT?

If you're ever in Bangi, then you should try the Hot Bangi CKT. It was our first time there last week and we've been there twice this week.

Its located near the An-Nur Specialist Hospital and right next to the Bangi Kopitiam.

The restaurant specializes in CKT and Nasi Lemak panas which will be the only item you'll find on the menu.

Alamak..kecilnya gambar menu yang sy snap ni x_x
If you can see the upper portion is the food menu while the long list below is the arrays of drinks.


I cannot recommend the drinks there though as I find it to be a bit pricey and tasteless. They accept comments and will try to change the drinks if you were to inform them...but the replacement drink would only be slightly better from the first.

But the food is delicious, and it only cost RM4.50 for the small serving and RM5.50 for the big one. For those yang nak CKT kering pun ada :)

The Hot Bangi CKT starts its business at about 4:30pm up to 2:00am every day. The environment is clean and you can ensure speedy food delivery (not the drinks).

itadakimasu!


Yummy!

Monday 7 January 2013

Tazkirah Mingguan: 10 Perangkap Syaitan

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperolehi adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.


6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki.

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih   berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

Wallahu A'alam...




Source: Info send via Whatsapp from the WL Group.
Note: Have decided to post a Tazkirah every week as a reminder to self as others.

Friday 4 January 2013

On the first Friday of 2013...

I'm sitting alone in the office trying to finish up my blogroll quickly during lunch and planning for a meeting with the staff next week.

I'm usually pumped up for work after long holidays as I will miss my colleagues, my desk and my hectic work life.

But so far on this 3rd working day for the year 2013...I hadn't done much and the progress of the plans that I've made are going on pretty slow...  read: lemau!

So many things to be accomplished. So little time :(

On the other hand, I can't wait for this weekend to come. We're going shopping for home decoration items!

After a year of postponing our move to our very own house, I think its time we take that step and move forward!

I wanted to write down what we did for new year...but that'll have to wait for awhile. Need to focus on work first and catch up the writing later.

Semangat datanglah!

-xoxo-