Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan
manusia melalui sepuluh pintu:
1. Melalui sifat bohong dan angkuh
Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur
dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang
lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2. Melalui sifat bakhil dan kedekut
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperolehi adalah
kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan
untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui
kewajipan berzakat atau bersedekah.
3. Melalui sifat takbur dan bongkak
Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia
yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka
terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik
oleh Allah pada bila-bila masa saja.
4. Sifat khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan
merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati
hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian
dan sebagainya.
5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para
sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan
manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka
dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
6. Melalui sifat hasad
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa
benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang
bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan
amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari
dan Muslim).
7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila
seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan
dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika
dibandingkan dengan apa yang dia miliki.
8. Melalui sifat ujub atau bangga diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya
hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim
daripada Muaz bin Jabal)
9. Melalui sifat suka berangan-angan
Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang
untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh
Allah dan manusia. Mereka lebih
berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas
berusaha untuk memperolehnya.
10. Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu
kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada
orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah
sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)
Wallahu A'alam...
Source: Info send via Whatsapp from the WL Group.
Note: Have decided to post a Tazkirah every week as a reminder to self as others.
great sharing
ReplyDeletethank you :)
ReplyDelete